Hari ini ramai yang belajar tinggi - tinggi tapi tak sedar mereka
ditipu dalam subjek Ekonomi, Sejarah, Sains dan lain-lain. Malah tak tahu siapa cipta
wang riba & wang kertas..
- Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian
sejarah di universiti mahu
membicarakan sejarah bank.
Mungkin ada di antara kamu yang pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yang kini berminat belajar ilmu fitan.
Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ini sangat susah,
banyak sangat konsep-konsep kena ingat, macam-macam perkataan ekonomi yang tidak masuk dek akal.
Masa
beliau ambil 'Master in Economic', beliau ingin memahami ekonomi secara realiti.
Tapi sayang, bila masuk kelas, apa yang dia belajar semua berkaitan pengiraan dan
nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi,
semua berkaitan macam mana nak 'cipta persamaan'. (equation)
Persoalannya apa yang beliau dapat ? Jawapannya, 'nothing'
(takde ape-ape). Cuma dapat belajar ilmu yang tak pernah tahu dan tak boleh nak
praktikkan dalam kehidupan, ilmu yang saya tidak boleh kongsi dengan masyarakat dan
akhirnya beliau dapat sijil masa konvokesyen. Itu sahaja.... Maksudnya beliau
berjaya dapat sijil tapi gagal dalam mencapai objektif..
Sekarang, setelah ambil tahu tentang Illuminati-Freemason,
beliau mula sedar dan faham sikit-sikit.
Sebenarnya, memang bidang ekonomi ini dicipta oleh orang barat
untuk menjadi susah, rumit, sukar dan penuh tekanan. Semua kesukaran ini bukan tidak disengajakan tapi DISENGAJAKAN. Kesukaran yang dibuat hanya sekadar TOPENG.
Sebabnya mudah, supaya dapat mengelakkan semua manusia di dunia ini memahami
ekonomi. Kalau semua manusia tahu tentang ekonomi, maka makin banyaklah
terbongkarnya segala rahsia penipuan, konspirasi, kezaliman, ketidakadilan dan
kejahatan ROTHSCHILD ke atas sistem kewangan dunia. Jadi, hanya orang-orang tertentu
sahaja yang berusaha mencari kebenaran mampu memahami ekonomi.
Dulu memang ramai yang tak menyedari penipuan sistem kewangan
dunia. Sekarang, bila Allah beri bala dengan kejatuhan dollar Amerika, Kejatuhan
minyak mentah dunia, kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia, kemelesetan
ekonomi Eropah yang menyebabkan negara Greece muflis dan peperangan ke atas
Iraq dan Afghanistan menyebabkan satu persatu orang mendedahkan rahsia penipuan
dan konspirasi sistem kewangan dunia.
Sekarang ramai orang dah sedar bahawa 'KITA
DAH KENA TIPU', 'KITA DAH DIPERMAINKAN' oleh sistem kewangan.
'BAGAIMANA WANG DOLLAR DICIPTA' Sebab apa
pilih contoh Dollar. Jawapannya, sebab Dollar ini digunakan satu dunia sebagai pertukaran matawang asing dalam menjalankan urusniaga antarabangsa. Kalau lingkup
dollar menyebabkan satu dunia akan menerima kesan negatif yang menyeksakan. Dalam
erti kata lain Dollar telah menjadi PEMBULI matawang dunia.
Amerika ni melalui Bank Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang. Nama dokumen itu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang nak faham seperti berikut... Federal Reserve USA Kerajaan Amerika perlukan duit 100 billion untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian Kerajaan Amerika bagitau kat 'Federal Reserve System' atau dipanggil 'The FED'.
Amerika ni melalui Bank Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang. Nama dokumen itu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang nak faham seperti berikut... Federal Reserve USA Kerajaan Amerika perlukan duit 100 billion untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian Kerajaan Amerika bagitau kat 'Federal Reserve System' atau dipanggil 'The FED'.
The FED adalah bank pusat Amerika yang beribu pejabat di
Washington. Tujuan utama ditubuhkan sejak 1913 untuk menyelesaikan masalah jika
berlaku 'Bank Panic'. 'Bank Panic' ini ialah krisis kewangan yang berlaku ke atas
bank apabila berlaku satu keadaan di mana ramai sangat orang keluarkan duit kat
bank disebabkan peristiwa tertentu, contohnya ekonomi meleset (Istilah orang putih dipanggil 'banking run'). Bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan bank
bankrup.
Akhirnya jadila kertas yg dinamakan 'Federal Reserve
Note'.
Kemudian wakil kerajaan Amerika dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran. Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank. Sampai kat bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note' itu kat pegawai bank untuk didepositkan atau disimpan dalam akaun bank.Selesai sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dalam akaun bank maka secara rasminya kertas 'note' tersebut menjadi wang yang sah diperlakukan. Akhirnya, bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika. Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion sebagai wang baru...wow...senangnya Rothschild cipta duit..
Kemudian wakil kerajaan Amerika dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran. Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank. Sampai kat bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note' itu kat pegawai bank untuk didepositkan atau disimpan dalam akaun bank.Selesai sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dalam akaun bank maka secara rasminya kertas 'note' tersebut menjadi wang yang sah diperlakukan. Akhirnya, bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika. Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion sebagai wang baru...wow...senangnya Rothschild cipta duit..
Ini contoh umum supaya kita senang nak faham. Hakikatnya
semua urusniaga tersebut menggunakan elektronik tanpa melibatkan sebarang
kertas. Hanya 3% sahaja wang dollar Amerika wujud dalam bentuk fizikal manakala 97%
wujud dalam komputer sahaja. Hakikatnya, ada rahsia yang cukup, cukup, cukup
besar yg memang kesannya terkena secara langsung kat muka kita setiap hari. Apa
rahsianya... ini dia.. WANG YANG DICIPTA TADI TIDAK ADA NILAI LANGSUNG DAN
TIDAK BERSANDARKAN APA-APA PUN.
Habis tu wang dicipta berdasarkan apa? 'WANG DICIPTA DARIPADA
HUTANG'. Tiada sandaran langsung daripada barang yang bernilai seperti emas,
perak atau barang komoditi. Memang teruk, 'very nonsense', penipu dan tak logik
langsung. Memang tak patut penciptaan wang adalah berdasarkan hutang. Bila ini
berlaku jangan harap la INFLASI akan turun. INFLASI akan naik setiap masa. Jangan
haraplah kita boleh beli roti canai berharga 30 sen seperti zaman 1980an.
Biasanya setiap bank kat dunia akan diarahkan oleh bank
pusat masing-masing untuk buat penyimpanan peratusan tertentu daripada jumlah simpanan.
Senang nak kira, saya bagi contoh 10%. Maksudnya daripada 100 billion duit tadi,
10 billion (10%) wajib disimpan oleh bank manakala 90 billion digunakan untuk
bagi hutang kat org ramai. Dalam erti kata lain, duit 90 billion itu boleh
digunakan untuk mencipta wang baru dengan TIDAK BERSANDARKAN apa-apa pun disebabkan
adanya PERMINTAAN dari org ramai untuk buat pinjaman. Cuba baca contoh mudah
ni...Ada org nak pinjam 90 billion kat bank. Biasanya sebelum nak guna duit 90
billion tu, dia akan simpan balik dlm akaun bank kan?
Sedar tak sedar, sebenarnya duit 90 billion yang kita masuk dlm akaun itu digunakan balik oleh bank untuk tawarkan pinjaman kat orang lain. Proses ini akan berlaku secara berterusan dan tanpa kesudahan selagi ada orang lain yg nak buat pinjaman. Secara matematiknya,daripada 100 billion yang disimpan oleh kerajaan Amerika itu, bank boleh cipta wang baru sebanyak 9 kali ganda 'NILAI' daripada 'NILAI ASAL'atau 900 billion tanpa ada sebarang sandaran. (untung atas angin).Ini akan menurunkan nilai wang dan menaikkan harga barang. Contohnya 1 dollar pada tahun 1913 memerlukan 21 dollar 60 sen pada tahun 2007 utk menyamai nilainya. Berlaku penurunan sebanyak 96%. Wang baru 900 billion tersebut telah mencuri nilai dari wang yg tersedia ada dipasaran (ingat tak 100 billion adalah duit sedia ada). 900 billion ini telah MENINGKATKAN JUMLAH WANG di pasaran. Dalam masa yg sama JUMLAH BARANG DAN PERKHIDMATAN dipasaran TIDAK MENINGKAT. Ini akan mengakibatkan HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN MENINGKAT. Akhirnya, MENGHAPUSKAN KUASA BELI bagi setiap wang. Ini dipanggil INFLASI.
INFLASI ini adalah CUKAI yg tak nampak. Mungkin selama ni, kita hanya tahu bayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Tak bayar kena saman. Selama ni kita hanya tahu bila makan Pizza kena bayar cukai jualan sebanyak 5% dalam bil kita.Selama ni kita hanya tahu, bila beli kereta Toyota Vios kena bayar cukai import/ cukai eksport dan cukai eksais. Selama ni kita hanya tahu, bila ada kad kredit kena bayar cukai sebanyak RM50 kat kerajaan. Selama ni kita hanya tahu bila tempah hotel, kena bayar cukai perkhidmatan.Ramai org tidak sedar bahawa kita sebenarnya terpaksa menanggung CUKAI INFLASI setiap tahun.Cukai lain ada gak turun naik nya atau mungkin dilupuskan tapi CUKAI INFLASI tidak akan turun sampai bila-bila. Dia akan makan duit kita tanpa disedari dan secara perlahan2.Cuma nombor sahaja yg mungkin berkurang, hakikatnya INFLASI akan naik setiap tahun. Kesimpulannya selagi wang baru terus beranak pinak tanpa ada keseimbangan dgn jumlah barang dan perkhidmatan yg dijual kat pasaran maka akan sentiasa lah menurunkan nilai wang kita.Secara realitinya kita tak boleh nak elak inflasi dan inflasi ini dicipta memang disengajakan.
Dalam sistem kewangan sekarang wang adalah berasal daripada
hutang atau pinjaman. Semakin banyak wang, semakin byk hutang. Satu-satunya
cara wang 'WUJUD' adalah melalui hutang atau pinjaman.Oleh itu jika kerajaan
dan semua orang dlm negara bayar hutang maka tiada lagi dollar yg wujud dalam
kitaran.Jika tiada hutang dlm sistem kewangan maka tidak akan ada
wang.Persoalannya adakah kerajaan Amerika mampu bayar hutang?
Jawapannya , -Tidak... Realitinya, Amerika pernah berjaya
membayar semua hutangnya kali terakhir pd tahun 1835.Kesimpulannya ' Wang yg
bank bagi pinjam kat kita secara undang2nya tidak wujud pun sebelum itu. Wang
tersebut adalah palsu dan pihak bank tak pernah ada wang sbg harta utk
memulakannya.
" Sesiapa sahaja yg mengeluarkan wang dan pinjaman
secara terus kepada polisi2 kerajaan, secara tak langsung ia memegang haluan
hidup "