22/03/16

EKONOMI & EDUCATION

Hari ini ramai yang belajar tinggi - tinggi tapi tak sedar mereka ditipu dalam subjek Ekonomi, Sejarah, Sains dan lain-lain. Malah tak tahu siapa cipta wang riba & wang kertas..





- Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu 
   membicarakan sejarah bank.



Mungkin ada di antara kamu yang pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yang kini berminat belajar ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ini sangat susah, banyak sangat konsep-konsep kena ingat, macam-macam perkataan ekonomi yang tidak masuk dek akal. 


Masa beliau ambil 'Master in Economic', beliau ingin memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila masuk kelas, apa yang dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan macam mana nak 'cipta persamaan'. (equation)


Persoalannya apa yang beliau dapat ? Jawapannya, 'nothing' (takde ape-ape). Cuma dapat belajar ilmu yang tak pernah tahu dan tak boleh nak praktikkan dalam kehidupan, ilmu yang saya tidak boleh kongsi dengan masyarakat dan akhirnya beliau dapat sijil masa konvokesyen. Itu sahaja.... Maksudnya beliau berjaya dapat sijil tapi gagal dalam mencapai objektif..


Sekarang, setelah ambil tahu tentang Illuminati-Freemason, beliau mula sedar dan faham sikit-sikit.
Sebenarnya, memang bidang ekonomi ini dicipta oleh orang barat untuk menjadi susah, rumit, sukar dan penuh tekanan. Semua kesukaran ini bukan tidak disengajakan tapi DISENGAJAKAN. Kesukaran yang dibuat hanya sekadar TOPENG. Sebabnya mudah, supaya dapat mengelakkan semua manusia di dunia ini memahami ekonomi. Kalau semua manusia tahu tentang ekonomi, maka makin banyaklah terbongkarnya segala rahsia penipuan, konspirasi, kezaliman, ketidakadilan dan kejahatan ROTHSCHILD ke atas sistem kewangan dunia. Jadi, hanya orang-orang tertentu sahaja yang berusaha mencari kebenaran mampu memahami ekonomi.


Dulu memang ramai yang tak menyedari penipuan sistem kewangan dunia. Sekarang, bila Allah beri bala dengan kejatuhan dollar Amerika, Kejatuhan minyak mentah dunia, kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia, kemelesetan ekonomi Eropah yang menyebabkan negara Greece muflis dan peperangan ke atas Iraq dan Afghanistan menyebabkan satu persatu orang mendedahkan rahsia penipuan dan konspirasi sistem kewangan dunia. 


Sekarang ramai orang dah sedar bahawa 'KITA DAH KENA TIPU', 'KITA DAH DIPERMAINKAN' oleh sistem kewangan.


'BAGAIMANA WANG DOLLAR DICIPTA' Sebab apa pilih contoh Dollar. Jawapannya, sebab Dollar ini digunakan satu dunia sebagai pertukaran matawang asing dalam menjalankan urusniaga antarabangsa. Kalau lingkup dollar menyebabkan satu dunia akan menerima kesan negatif yang menyeksakan. Dalam erti kata lain Dollar telah menjadi PEMBULI matawang dunia.

Amerika ni melalui Bank Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang. Nama dokumen itu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang nak faham seperti berikut... Federal Reserve USA Kerajaan Amerika perlukan duit 100 billion untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian Kerajaan Amerika bagitau kat 'Federal Reserve System' atau dipanggil 'The FED'.


The FED adalah bank pusat Amerika yang beribu pejabat di Washington. Tujuan utama ditubuhkan sejak 1913 untuk menyelesaikan masalah jika berlaku 'Bank Panic'. 'Bank Panic' ini ialah krisis kewangan yang berlaku ke atas bank apabila berlaku satu keadaan di mana ramai sangat orang keluarkan duit kat bank disebabkan peristiwa tertentu, contohnya ekonomi meleset (Istilah orang putih dipanggil 'banking run'). Bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan bank bankrup.
Akhirnya jadila kertas yg dinamakan 'Federal Reserve Note'.


Kemudian wakil kerajaan Amerika dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran. Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank. Sampai kat bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note' itu kat pegawai bank untuk didepositkan atau disimpan dalam akaun bank.Selesai sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dalam akaun bank maka secara rasminya kertas 'note' tersebut menjadi wang yang sah diperlakukan. Akhirnya, bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika. Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion sebagai wang baru...wow...senangnya Rothschild cipta duit..


Ini contoh umum supaya kita senang nak faham. Hakikatnya semua urusniaga tersebut menggunakan elektronik tanpa melibatkan sebarang kertas. Hanya 3% sahaja wang dollar Amerika wujud dalam bentuk fizikal manakala 97% wujud dalam komputer sahaja. Hakikatnya, ada rahsia yang cukup, cukup, cukup besar yg memang kesannya terkena secara langsung kat muka kita setiap hari. Apa rahsianya... ini dia.. WANG YANG DICIPTA TADI TIDAK ADA NILAI LANGSUNG DAN TIDAK BERSANDARKAN APA-APA PUN.


Habis tu wang dicipta berdasarkan apa? 'WANG DICIPTA DARIPADA HUTANG'. Tiada sandaran langsung daripada barang yang bernilai seperti emas, perak atau barang komoditi. Memang teruk, 'very nonsense', penipu dan tak logik langsung. Memang tak patut penciptaan wang adalah berdasarkan hutang. Bila ini berlaku jangan harap la INFLASI akan turun. INFLASI akan naik setiap masa. Jangan haraplah kita boleh beli roti canai berharga 30 sen seperti zaman 1980an.
Biasanya setiap bank kat dunia akan diarahkan oleh bank pusat masing-masing untuk buat penyimpanan peratusan tertentu daripada jumlah simpanan. Senang nak kira, saya bagi contoh 10%. Maksudnya daripada 100 billion duit tadi, 10 billion (10%) wajib disimpan oleh bank manakala 90 billion digunakan untuk bagi hutang kat org ramai. Dalam erti kata lain, duit 90 billion itu boleh digunakan untuk mencipta wang baru dengan TIDAK BERSANDARKAN apa-apa pun disebabkan adanya PERMINTAAN dari org ramai untuk buat pinjaman. Cuba baca contoh mudah ni...Ada org nak pinjam 90 billion kat bank. Biasanya sebelum nak guna duit 90 billion tu, dia akan simpan balik dlm akaun bank kan?


Sedar tak sedar, sebenarnya duit 90 billion yang kita masuk dlm akaun itu digunakan balik oleh bank untuk tawarkan pinjaman kat orang lain. Proses ini akan berlaku secara berterusan dan tanpa kesudahan selagi ada orang lain yg nak buat pinjaman. Secara matematiknya,daripada 100 billion yang disimpan oleh kerajaan Amerika itu, bank boleh cipta wang baru sebanyak 9 kali ganda 'NILAI' daripada 'NILAI ASAL'atau 900 billion tanpa ada sebarang sandaran. (untung atas angin).Ini akan menurunkan nilai wang dan menaikkan harga barang. Contohnya 1 dollar pada tahun 1913 memerlukan 21 dollar 60 sen pada tahun 2007 utk menyamai nilainya. Berlaku penurunan sebanyak 96%. Wang baru 900 billion tersebut telah mencuri nilai dari wang yg tersedia ada dipasaran (ingat tak 100 billion adalah duit sedia ada). 900 billion ini telah MENINGKATKAN JUMLAH WANG di pasaran. Dalam masa yg sama JUMLAH BARANG DAN PERKHIDMATAN dipasaran TIDAK MENINGKAT. Ini akan mengakibatkan HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN MENINGKAT. Akhirnya, MENGHAPUSKAN KUASA BELI bagi setiap wang. Ini dipanggil INFLASI.


INFLASI ini adalah CUKAI yg tak nampak. Mungkin selama ni, kita hanya tahu bayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Tak bayar kena saman. Selama ni kita hanya tahu bila makan Pizza kena bayar cukai jualan sebanyak 5% dalam bil kita.Selama ni kita hanya tahu, bila beli kereta Toyota Vios kena bayar cukai import/ cukai eksport dan cukai eksais. Selama ni kita hanya tahu, bila ada kad kredit kena bayar cukai sebanyak RM50 kat kerajaan. Selama ni kita hanya tahu bila tempah hotel, kena bayar cukai perkhidmatan.Ramai org tidak sedar bahawa kita sebenarnya terpaksa menanggung CUKAI INFLASI setiap tahun.Cukai lain ada gak turun naik nya atau mungkin dilupuskan tapi CUKAI INFLASI tidak akan turun sampai bila-bila. Dia akan makan duit kita tanpa disedari dan secara perlahan2.Cuma nombor sahaja yg mungkin berkurang, hakikatnya INFLASI akan naik setiap tahun. Kesimpulannya selagi wang baru terus beranak pinak tanpa ada keseimbangan dgn jumlah barang dan perkhidmatan yg dijual kat pasaran maka akan sentiasa lah menurunkan nilai wang kita.Secara realitinya kita tak boleh nak elak inflasi dan inflasi ini dicipta memang disengajakan.
Dalam sistem kewangan sekarang wang adalah berasal daripada hutang atau pinjaman. Semakin banyak wang, semakin byk hutang. Satu-satunya cara wang 'WUJUD' adalah melalui hutang atau pinjaman.Oleh itu jika kerajaan dan semua orang dlm negara bayar hutang maka tiada lagi dollar yg wujud dalam kitaran.Jika tiada hutang dlm sistem kewangan maka tidak akan ada wang.Persoalannya adakah kerajaan Amerika mampu bayar hutang?
Jawapannya , -Tidak... Realitinya, Amerika pernah berjaya membayar semua hutangnya kali terakhir pd tahun 1835.Kesimpulannya ' Wang yg bank bagi pinjam kat kita secara undang2nya tidak wujud pun sebelum itu. Wang tersebut adalah palsu dan pihak bank tak pernah ada wang sbg harta utk memulakannya.
" Sesiapa sahaja yg mengeluarkan wang dan pinjaman secara terus kepada polisi2 kerajaan, secara tak langsung ia memegang haluan hidup "
‪#‎Sihir_Mind_Control





Tiada ulasan:

Catat Ulasan