(DUNIA & AKHIRAT)

Pilihan kita ?

Rasulullah S.A.W mengingatkan umatnya mengenai kehidupan Dunia dengan hadis yang berikut :
137- Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya,maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu;oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia,dan khasnya oleh perempuan,kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan."
(Muslim)
Hadis ini mengandungi:
(1) Daya penarik dunia dan tujuannya.
(2) Cara menghadapi daya penarik dunia.
Sebenarnya dunia ini mempunyai pelbagai daya penarik yang indah bagi kita yang hidup.Terpulanglah pada kita macam mana untuk manfaatkan sebaik mungkin agar kita tidak hanyut oleh arus-arus keindahannya.Kita tidak pernah lari dari cintakan dunia ini yang begitu indah dan sempurna isi di dalamnya.Hadis berikut mencerahkan kepada kita bahwa 'cinta dunia' salah satu penyakit umat pada akhir zaman ini.
Daripada Thauban R.A berkata," Rasulullah S.A.W bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan hidangan mereka".
Daripada Thauban R.A berkata," Rasulullah S.A.W bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya,"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi S.A.W menjawab,"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu 'PENYAKIT WAHAN' ."
Baginda menjawab:"Cinta Dunia dan Takut Mati"
KETERANGAN: > Keadaan umat islam pada hari ini,menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah S.A.W.Walaupun bilangan umat islam ramai iaitu kira-kira 1/5 jumlah penduduk dunia,mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. >Mereka ditindas,diinjak,disakiti,dibunuh dan sebagainya.Walaupun bangsa dari seluruh dunia berbeza-beza agama tetapi mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan islam. >Sebenarnya,segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari sikap orang islam itu sendiri. |
Janganlah pernah sedikit pun rasa jauh daripada Rahmat Allah S.W.T. ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan